Monday 9 May 2011

hadiah besday yg teristimewa

hadiah ini telah diberikan oleh seorang insan yang bagi aku seorang yang istimewa kerana insan ini merupakan salah seorang sahabat aku di UUM...  dia merupakan insan yang baik pernah aku temui... walaupon kami hanya sempat untuk berkenalan seketika tetapi perkenalan yang singkat itu telah menjadikan kami sebagai sahabat yang boleh dikatakan baik walaupon kami jarang berhubung... ape yang membuatkan aku terharu pada hari lahirku adalah kata-kata sahabat aku ini kerana maksud setiap perkataan yang ditulis oleh beliau membawa maksud yang sangat dalam bagiku... aku tidak akan melupakan kamu wahai sahabat... benar kata-kata kamu itu sahabat yang mana kamu mengatakan kita mungkin dapat menjadi kawan kerana sikap kita yang lebih kurang dan saling memahami walaupon sebenarnya susah untuk difahami... ALLAH pertemukan kita untuk menjadi sahabat adalah mungkin kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain... akhir kata dari saya semoga sahabat beroleh kejayaan dimasa hadapan dan mendapat apa yang diimpikan serta menjadi anak yang solehah... insyaALLAH... lirik lagu selamat hari lahir yang beliau post kn td... sangat menyentuh hatiku... terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku..................    
SELAMAT HARI LAHIR
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgaw
I



testing2...

sy bdak bru belajo... ade sape2 yg nk tolong tujuk ajar untok sy x...